Recommended by 0 people
Member since: May 29, 2022
Completed Job: 0
Salam sejahtera tuan/puan.
Maaf mengganggu, saya Nur Syazwani ingin memohon jawatan penulis sambilan Bahasa Melayu jika diperlukan.
Untuk pengetahuan pihak tuan/puan, saya baharu sahaja tiga bulan menceburkan diri di dalam bidang ini. Masih terlalu banyak perkara yang perlu saya pelajari lagi.
Untuk pengetahuan pihak tuan/puan juga, saya sekarang sedang menulis artikel Bahasa Melayu untuk tiga buah laman web secara sambilan iaitu HomeBiz.com, Juwai IQI Holdings, dan theAsianparent dalam pelbagai niche dan beberapa lagi laman web apabila diperlukan.
Saya juga telah pun selesai menyiapkan 8 buah buku cerita kanak-kanak Bahasa Melayu untuk Aneka Publication & Distributions Sdn Bhd dan sekarang sedang membuat terjemahan buku cerita kanak-kanak Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu sebanyak 10 buah.
Tidak kisah berapa pun bayaran yang tuan/puan berikan, asalkan saya dapat peluang untuk menulis serta belajar dan ianya berbaloi dengan hasil kerja saya.
Saya juga akan siapkan artikel semula jika tidak memenuhi kualiti yang diinginkan sehinggalah pihak tuan/puan berpuashati.
Di sini saya sertakan resume dan juga salah satu hasil kerja yang telah saya siapkan untuk penilaian dan rujukan pihak tuan/puan. Mohon pihak tuan/puan dapat mempertimbangkan permohonan saya ini
Self Employed
Malay
Malay
No
Yes
There is no review on this talent currently